#weSupport | Muhyiddin Yassin Part 2

Assalamualaikum gaiss..so korang boleh follow pasal Muhyiddin Yassin dekat blog MK..maaf hanya dipetik dari page Astro Awani..MK harap korang dapat membaca disini..okay jumpa lagi gais..


MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan, kesetiaannya kepada UMNO tetap utuh dan sama sekali tidak akan meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan parti lain terutama pembangkang, agar tidak mengambil kesempatan untuk memujuknya menyertai parti mereka kerana kesetiaannya kepada UMNO sama sekali tidak berbelah bahagi.

"Tak payah datanglah untuk memujuk saya (menyertai mana-mana parti) kerana itu semua tak layan.

"Saya 'totok (jati) setotok totoknya' (dalam perjuangan UMNO) orang Melayu yang berjiwa UMNO dan saya sama sekali tidak akan pecah amanah dalam perjuangan (UMNO)," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Panchor di sini, hari ini.


dipetik dari Astro Awani
Sebelum itu Muhyiddin turut menyertai hampir 1,000 jemaah melakukan solat hajat dan tahlil di masjid itu.

Ucapan lebih 40 minit itu adalah yang pertama oleh Muhyiddin selepas beliau digugurkan daripada senarai Kabinet terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kepulangan Muhyiddin ke Parlimen Pagoh yang juga pertama kali selepas rombakan Kabinet itu sangat dinanti-nantikan oleh penyokong dan pengundi beliau yang ingin mengetahui hala tuju perjuangannya selepas ini.

Anggota Parlimen Pagoh itu berkata beliau masih mempunyai tugas besar untuk perjuangan bangsa, agama dan negara kerana masih mempunyai jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

"Saya masih ada tugas. Saya masih Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Ini amanah saya untuk bantu Presiden UMNO. Apa yang dilakukan untuk memajukan negara dan mahu rakyat terus menyokong parti demi agama dan negara," katanya.

Beliau berkata tugas dan amanah itu perlu digalas dengan baik tanpa mengira siapa pun yang menjadi Presiden UMNO.

"Timbalan Presiden UMNO adalah untuk bantu Presiden UMNO, tidak kira siapa perdana menteri termasuk Najib. Saya kena bantu bekerja dan bantu Majlis Tertinggi kerana keadaan (politik) hari ini tidak seperti dahulu.

"Saya takut dengan keadaan hari ini jika tidak ada langkah tegas untuk menanganinya rakyat tidak akan percaya dengan kita lagi," kata Muhyiddin.

Sehubungan itu, katanya, beliau berhak untuk pergi ke mana-mana bahagian UMNO untuk merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian kerana itu adalah sebahagian tugasnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Kepada penduduk di Parlimen Pagoh, Muhyiddin juga memberi jaminan perancangan besarnya untuk merealisasikan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh akan terlaksana juga walaupun beliau bukan lagi menteri pendidikan.

"Ini projek untuk rakyat dan bukannya projek peribadi dan saya berharap menteri berkenaan meneruskan projek ini," katanya.
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
2 August 2015 at 01:45 delete

Alhamdulillah..moga dikota bagai dikata agar rakyat tidak bersengketa..moga pendirian beliau terus teguh..amin..

Reply
avatar
Jejari Menaip
AUTHOR
2 August 2015 at 13:08 delete

walaupun saya krg meminati politik ni tapi isu2 semasa aku follow... apa2 pon moga trus berkhidmat untuk rakyat dgn penuh tanggungjawab

Reply
avatar
Tengkubutang
AUTHOR
5 August 2015 at 08:52 delete

We support Muhyiddin Yassin!! sedih masa hari perlucutan jawatan Tan sri masa tu.. =(

Reply
avatar
Tengkubutang
AUTHOR
5 August 2015 at 08:52 delete

Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 64
Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/

Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Reply
avatar