Kongsi Aib Di Laman Sosial | Sensasi MK

Assalamualaikum semua blogger2 dan semua yang dikasihi sekalian..
apa aktiviti korang hari ni ? macam biasa ? kerja ? study ? dan sebagainya..
ok jom singgah sini bersama-sama kita ambil manfaat dan apa yang patut..
tadi ade ternampak rancangan Feminin di TV1..so alang2 menyeluk pekasam
biarlah ia sampai ke pangkal lengan bukan ? :)

Topic mereka pada pagi ini adalah mengenai
" Kongsi Aib Di Laman Sosial "

Okay apa yang aku minat sangat and tarik perhatian MK pasal rancagan ni ?
sebab terperasan salah satu blogger di Malaysia ni iaitu Ben Ashaari..hahahaha
aku pun tumpang la sekaki bagi pendapat di twitter tapi malang tidak bau sangat..
twitter boleh comment sikit je due to the words given are a few..
sedih tak dapat luahkan banyak..tapi ini lah dia words yang aku boleh ringkaskan..

petikan dari rancangan bual bicara RTM1
Kenapa aku berkata begitu ?
okay yang pertama..apakah perlu kita menyakiti hati orang lain ?
adakah ia membantu kita untuk meningkatkan populariti kita ?
bolehkan dijadikan pengajaran?

Semuanya tidak sama sekali...kalau ada yang bangkit dan post sesuatu yang menyakitkan
hati orang lain itu hanya orang yang tidak professional shj..dia membangkitkan isu isu yang hanya mampu meraih kebencian malah akan berpatah balik kembali kepadanya..pelbagai cara yang boleh kita cari dan gali untuk dijadikan sumber entry kita pada setiap hari dan sebagainya..mungkin kita ada entry yang terkena tempias..itu tidak mengapa tapi yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa perlu tujukan kepada sesetengah pihak secara terbuka..itu juga disebutkan aib dan jika aib itu membuka malu orang itu kita boleh dikira berdosa kerana memalukan orang itu sepanjang hidupnya..dan mungkin orang yang disekelilingnya akan memandang serong..contohnya seperti memperlekehkan beliau , memandang rendah terhadapnya dan sebagainya..

Jika kita membuat entry post mengenai positif dan negatif yang tidak perlu menyebut atau merungkapkan perkara yang boleh menyakiti mana mana pihak nescaya kita boleh raih pembaca yang akan membuka mindanya ke arah yang lebih positif..bukan ?
itulah sebabnya kita ini diajar untuk bersopan santu , diajar waktu sekolah tentang adab dan sebagainya..even kita solat 5 waktu pun ada adabnya dan perkara yang boleh membatalkan solat..sama juga seperti kata kata kita..ada batasnya..

jika kita hidup atas peraturan dan undang - undang..nescaya ke arah positif dan berjayalah kehidupan kita pergi..
kalau korang ada hujah atau comment yang perlu disampaikan , jangan malu2 jomm le kite tekan comment dibawah nih..hehehehe...
Previous
Next Post »