Dunia Kini | Sensasi MK

Seringkali ku teringat apa kebolehan aku jika aku menjadi pemimpin ? bolehkah aku bimbing rakyat2 negaraku untuk bersama membangunkan negara dan bukan menjatuhkannya..adakah negara akan menjadi seperti buah durian yang hanya tunggu masa untuk jatuh ke bumi ? terbuka dan hanya cantik di luar tetapi busuk di dalam ? siapa yang ambil tindakan ? hmm..terpakse dicucuk racun untuk dikekalkan lama dan cantik..hakikatnya amat menyedihkan..aku kecewa tersungguh kecewa..


Dahulu yang ku sangkakan merdeka tetapi dijajah oleh bangsaku sendiri...apa akan jadi pada tahun 2020 ? tercapai kah ? itu yang kita nanti-nantikan..harap semuanya akan kembali ke pangkuan asal..kita yang hanya mempunyai jari biru biruan ini hanya mampu berdoa untuk yang terbaik..kata kata sang musang yang sungguh asyik menggoda rakyat harap dihentikan...kita hidup bukan kerana duit..kita hidup untuk melahirkan negara yang harmoni , aman dan menuju ke jalan yang benar..bukan dipenuhi kulat kulat yang menantikan makanan..ayat ku metafora ku , jiwa ku dipenuhi tanda tanya , harap aku dapat melihat negaraku mencapai wawasan 2020..

Maaf aku hilang kerana lama menyepi akan kerana tugas tugasku yang perlu dipikul amat berat dan bukan sekadar bermimpi di malam hari dan tersedar ku dari tidurku melihat bank akaun ku dipenuhi 2.6 billion..lihatlah negaraku ini , mata wang dilihat seperti anai anai yang bersenang lenang menyapah kulit pokok yang kering itu..dari RM3.xx sehingga menjadi RM4.28..aku kecewa , hampa melihat negaraku..tetapi aku tidak berputus asa dalam dunia blogger ini..kerana aku ingin memberitahu bahawa aku punyai blog , negara , kawan - kawan dan keluarga untuk aku luangkan masa bersama..

Aku pohon maaf sekali lagi jika aku tersalah bahasa , tutur kata yang kurang menyenangkan , lepas ini akan ku ceritakan cerita - cerita yang lebih menyenangkan...hehehe..baiklah semoga kita ketemu lagi..Assalamualaikum semua.. :) , jika ada apa apa yang ingin diusulkan dan dikongsi..mari kita comment bersama - sama di bawah yer.. :)
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
2 September 2015 at 13:06 delete

2020 itu akan tetap hadir..akan tetap muncul..tetapi bagaimankah suasananya...situasinya..sewajarnya bermula hari ini..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
2 September 2015 at 13:53 delete

aduh mata wang kita makin tidak terkata. saya sendiri rasa perit bila nak balik ke rumah nenek (di singapura) kalau dulu tukar rm100 masih dapat nak dekat $50 (dulu tak ingat tahun bila)

JEMPUT BACA RUTIN HARIAN

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
3 September 2015 at 13:34 delete

Fidah pun dah lama tak jenguk blog MK..busy..bulan ni baru ada time sikit..after BERSIH..hahahah

Reply
avatar