Bagaimana hendak kuruskan badan ? | Tips MK

" Sudah petangg cenggini lahhaii kau baru nak update pasal tips MK oiii ! " ehh biarr lahh aku baru habis keje kot..cehh..busy boddyy jee..kan kawan2 ? huhuhu..well petang uolls ! MK disini ingin berkongsi tips sedikit pasal kuruskan badan sebab MK pun tengah dalam rutin menguruskan badan..hehehe :) well okay.. let's get it DONE !



1st RULE : Disiplin dan Amanah

Kenapa disiplin dan amanah terwujud even dalam menguruskan badan ? haaa
sebab bila ada disiplin dan amanah pada diri sendiri baru reti follow up all the rules yang patut diikut..kalau x berdisiplin jadi lah orang haprak , apa pun tak boleh..semua nak FREE jerr..ape yang aku geram pun taktao la..okay back to our tips..Hal ini demikian sebab dalam melakukan sesuatu kerja atau perkara kita seharusnya peka , berdisiplin dan amanah..disiplin adalah sesuatu yang amat penting kerana kita perlu berlaku jujur even terhadap diri kita sendiri dan disiplin adalah perkara yang akan menetapkan kita dengan sesuatu benda tanpa perubahan rancangan.

2nd RULE : Cara Pemakanan

Ni lagi satu..MK nak dokk geramm kat hangpa nih..nak kuruih tapi makan pagi 5 pinggan , tengahari 6 pinggan , malam steamboat sampai pecah perut hari2..mana tak gemok ! lepas tu naik berat badan salahkan makanan..salahkan diri hang la tak jaga pemakanan..apa pun tak boleh..camni..korang kena jaga pemakanan contohnya , kalau nak ambil nasi boleh , nasi perlu diutamakan kerana ia adalah rutin pemakanan kita sejak dari kecil lagi..okay cara nak kuruskan badan melalui cara pemakanan adalah seperti berikut ! Pada waktu pagi , amalkan makan makanan yang ringan seperti kuih muih dan buah buahan.. pagi sesuai makan pada waktu 7 - 9 ..itu adalah waktu ideal untuk sarapan pagi..manakala pada waktu tengahari amalkan makan makanan yang berat kerana pada waktu tengahari kita memerlukan tenaga yang banyak untuk menampung tenaga kita sehingga waktu petang..dan yang paling penting adalah pemakanan pada waktu malam means " Dinner" . Kalau boleh makan dinner pada waktu lepas maghrib sehingga 9 malam sahaja.. Ini kerana korang kena stabilkan penghadaman makanan di dalam perut korang selama 3 jam sebelum tidur...jangan makan malam lepas tu gedebuk tidooorr terus..tu bukan kurus ! tu buncit macam MK ..hahaha...MK tak berape buncit dah okehh ! JUST TO MENTION ! TAK BUNCIT DAH SANGAT ! eheheheee~

3rd Rule : Senaman Ringan / Berat

Okay ini perkara terakhir dan peraturan yang patut korang buat.. SENAMAN ! tanpa senaman korang jaga makan pun boleh sakit jugak.. Senaman ini adalah untuk memulihkan segala sel sel , otot otot yang tidak berupaya menampung bebanan yang kuat dek kerana tiada aktiviti yang dilalukan oleh anggota2 tubuh badan korang..ini membuatkan korang rasa lesu , letih , cepat nak tidorr je bile balik rumah dan sebagainya..bile korang bangun pun rase penat dan mengantok...Amalkan bangun pagi selepas menunaikan solat bagi yang beragama Islam dan bagi yang bukan beragama Islam korang boleh buat push up dalam 10 kali atau 20 kali setiap hari..kalau nak lompat bintang :) bagi cergas otot otot korang tu bila bangun pagi..pada waktu petang bila habis bekerja , korang boleh lah pergi taman taman berdekatan untuk melakukan senaman ringan tadi ataupun buat larian pusing taman atau yang mana bersesuaian dengan korang..

Tips ini dibawakan khas dan tulus dari MKHAI.com :D
Kalau rase nak follow follow lah..hehe..don't forget to drop your comment ~ see you gaiss and girlss latteerrr..
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
16 December 2015 at 22:12 delete

alhamdulillah..terima kasih tips personal daripada MK..in sha Allah kalau kita istiqhomah..mesti boleh lakukan..kurus itu bonus yang paling utama sihat zahiriah dan batiniah..amin..

Reply
avatar
akucomel
AUTHOR
17 December 2015 at 08:55 delete

makan banyak tenaga pun kena keluar sama banyak..kalau nak diet tapi kurang keluar peluh, bakar kalori acane nak kuruskan

Reply
avatar