FLY HIGH DI GRADUAN® ASPIRE 2016

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua para – para bloggers. MK memohon maaf andai tidak mensajikan anda dengan berita – berita hangat,sensasi dan isu semasa. Pada minggu lepas MK ada sertai event FLASHMOB yang dilakukan oleh GRADUAN ASPIRE which is super aweesomee to see. Memang rugi sebab korang tak ada dekat event hari tu. Ok jadi untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu MK bagi link ke youtube ni yang korang boleh tengok sendiri betapa hebatnya graduan-graduan ini beraksi dengan mengklik LINK INI !



Ok macam mana? Jealous kan? Diorang record abam MK dalam video ni sekali tau. Hehehe.. Tumpang glamour kejap orang kata. Alright2, mesti korang nak tahu sangat apa GRADUAN ASPIRE ni sebenarnya kan? Pertama sekali MK nak ceritakan dekat korang semua, sewaktu FLASH MOB di Pavilion tu diadakan, mereka ni adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan CAREER & POSTGRADUATE FAIR 2016 di mana event terbesar ini akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 28 dan 29 May 2016 dari 11 pagi sehingga 6 petang. Event ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada semua orang tentang event career paling tergempak yang kini kembali setelah 6 tahun berdiri teguh.



Pameran tahun ini yang bertemakan “Fly High” mempamerkan seperti Maybank,Celcom,Axiata, UEM Group, Malaysia Airlines, Dell, Exxonmobil dan Nestle tidak terlepas juga International Islamic University Malaysia, Taylor’s University, Curtin University, Multimedia University, Universiti Kebangsaan Malaysia, University Of Malaya dan banyak lagi.





Tambahan lagi, GRADUAN ASPIRE 2016 mempunyai aktiviti-aktiviti menarik yang akan menbantu anda dengan trend karier semasa di Malaysia seperti ASPIRE+, ASPIRE500 Conference, ASPIRE Lounge, Agents Race, pertandingan dan juga cabutan bertuah. Tahun ini juga dengan permintaan yang tinggi, mereka mempunyai lebih dari 30 CEOs daripada syarikat-syarikat besar yang terdiri daripada Tan Sri Tony Fernandes, Group CEO of AirAsia; Sridharan Nair, Managing Partner of PwC Malaysia; Benyamin Bin Ismail, CEO of AirAsia X; Badlisyah Abdul Ghani, President of Chartered Institute of Islamic Finance Professionals; Mukhtar Hussain, CEO of HSBC Bank Malaysia Bhd dan dijangkakan lebih dari 200 peserta daripada seluruh pelusuk Malaysia.

Salah satu persidangan yang paling dinanti-nantikan adalah ASPIRE 500 Conference! Ini adalah persidangan yang paling diminati ramai di mana 500 bakat daripada Universiti tempatan mahupun antarabangsa dan juga kolej yang setiap tahun merebut peluang untuk di-inspirasikan oleh Ikon-Ikon Malaysia yang terhebat. Pada tahun ini, panel persidangan kali ini disertai oleh Nazrin Hassan, CEO of Cradle Fund Sdn Bhd; Leon Foong, General Manager of Uber Malaysia Sdn Bhd; Goh Ai Ching, Founder of Piktochart; dan Ashran Dato’ Ghazi, CEO of The Malaysian Global Innovation dan Creativity Centre (MAGIC). Ikon-Ikon unggul di Malaysia ini akan berkongsikan pengalaman dan kepakaran mereka dalam membentuk bakat-bakat di Malaysia di dalam “The Digital Age”.


Jadi apa tunggu lagi? Jom kita bersama-sama memeriahkan pameran ini di KLCC! Jumpa anda di sana dan untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh layari website ini http://graduan.com/aspire dan jangan lupa untuk membuat pra-pendaftaran dengan segera ! Bye-bye~
Previous
Next Post »