4 SELEBRITI HARUNGI LIKU KEHIDUPAN DI KUALA LUMPUR SEBELUM BERJAYA


Sebelum bergelar penyanyi dan pelakon yang disegani, ada di antara selebriti tanah air yang datang ke ibu kota dan melalui pelbagai perit jerih sebelum memulakan langkah dalam dunia hiburan.
Astro Gempak menyenaraikan empat orang selebriti yang melalui pelbagai liku sebelum mula mencipta nama sebagai seorang selebriti yang berjaya dan disegani di kota Kuala Lumpur:
Datuk Siti Nurhaliza
Di awal kemunculan Siti di persada seni tanah air, dia berulang alik dari rumahnya di Kuala Lipis, Pahang untuk ke Kuala Lumpur demi untuk mempromosikan kerjaya seninya. Siti juga pernah menumpang di sebuah bilik rumah komposer Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan ketika dia baru bergelar penyanyi.
"Saya teringat pernah menumpang di rumahnya ketika baru jadi artis dan Allahyarham membenarkan saya tidur di sebuah bilik kosong di rumahnya serta menjaga makan minum saya. Ketika itu, Allahyarham baru sahaja berkahwin dan saya tidak akan lupakan kebaikkannya itu sampai ke akhir hayat," kata Siti dalam satu temubual bersama MStar.
Aaron Aziz
Sebelum bergelar pelakon terkenal di Malaysia, Aaron mengharungi kepayahan sewaktu kemunculan awalnya sebagai aktor di Kuala Lumpur.
“Di awal perjalanan saya mencari rezeki di Malaysia, saya terpaksa tinggalkan isteri dan anak di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta,” kata Aaron dalam satu wawancara bersama BiPop.
Remy Ishak
Sebelum bergelar pelakon berjaya, Remy pernah menjudikan nasib datang ke Kuala Lumpur mencari kerja. Remy pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan.
“Saya pernah bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya juga pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya dapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya menerusi sebuah temubual pada tahun 2007.
Pekin Ibrahim
Pelakon terkenal menerusi filem Ophilia ini sanggup meninggalkan kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1998 untuk berhijrah ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bergelar artis.
“Saya tinggalkan pelajaran saya dan berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Danny X-Factor. Kami bekerja di restoran A&W di Subang Jaya dan banyak mencuba nasib untuk jadi artis. Saya pernah kena tipu dan berpindah dari satu rumah ke satu rumah,” kata Pekin kepada sebuah temubual kepada Mstar.

Berita ini dipetik sepenuhnya dari ASTRO GEMPAK....sekian..
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments