Ikan Patin Tempoyak Temerloh Catering

Assalamualaikum gaiss..ape korang plan nak buat di bulan Ramadhan ni? Hmmm..janganlah duduk depan TV tengok sampai ke petang..baik singgah blog MKHAI kot boleh tengok apa-apa menarik ke kan? mana la tahu boleh hilangkan rasa bosan tu. Okay dalam bulan puasa ni mostly korang mesti tak ada idea kan nak makan dekat mana. Hari-hari nak beli makanan dekat bazaar jer..okay so sebelum datangnya bulan Ramadhan ni MKHAI ada menjelajah di TemerlohCatering yang terletak di belakang Wangsa Walk Mall di bangunan yang sama dengan Pucuk Di Cita.



"MKHAI ! Apa yang best dekat sini ye ? boleh recommend tak ?" Itu tak jadi masalah..dekat sini pada sesiapa yang meminati atau menggemari Ikan Patin, di sini lah jawapannya! dari ikan patin mas sehinggalah ikan patin buah pun ada. So expectations untuk makan ikan patin yang fresh memang semestinya di sini. Tak percaya ? jom kita tengok !


Itu diaa..daripada masak tempoyak sampai lah ke goreng-goreng..terliuurr kan? Di TemerlohCatering ni, mereka menyajikan juadah-juadah yang diminati ramai dan menumpukan perhatian lebih kepada Ikan Patin untuk sesiapa yang menggilakan ikan patin ni seperti yang MKHAI cakap tadi. Pelbagai lauk-pauk selain berasaskan ikan patin juga disajikan oleh mereka. Ini kalau MKHAI tenung lama-lama pun boleh buat plastik hitam ni..hahaha..*opps!


Hidangan di sini amatlah bersih dan teratur. Ini kerana TemerlohCatering ini ingin menjaga kualiti restorannya untuk santapan pelanggan-pelanggan mereka yang berada di restoran mereka. Dengan ini pelanggan lebih berpuas hati dan selesa untuk menikmati juadah yang menjadi pilihan mereka.


Korang tahu tak ini ikan apa? cuba teka! hehehe..okay lah..ini orang panggil Ikan Kerai..tapi MKHAI panggil Ikan Mahal..hahaha..mana mana yang menjual ikan ni selalunya mereka tahu macam mana nak goreng dia. jadi MKHAI ingin mengatakan syabas kerana kerangupannya,kelembutan isinya dan macam-macam lagi lah..Ikan kerai ini juga adalah salah satu kegemaran orang yang datang ke restoran ini..*lama-lama baca serius tak tahan* :P

baik lah penutupan bicara MKHAI dengan ABC dekat sebelah ni..memang terbaikk la..kalau tak percaya jom pergi cuba waktu berbuka nanti..tak menyesal punya! rasanya cukuplah sedap. Rugi lah kalau korang tak dapat cuba. Jadi apa tunggu lagi ? :P jom kita pergi! bawak MKHAI sekali yer.. :P

nahh ini lokasinya..jadi korang boleh google maps dia atau waze..

No. 35-G, Kedai D'Wangsa, Blok 1D,
Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Bye-bye! Selamat mencuba!
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
8 June 2016 at 00:14 delete

Ikan Patik ke ? Ikan Patin ? Konpiusssss

Reply
avatar